Friday, April 3, 2015

ayat majmuk

Ayat Majmuk



8.         AYAT MAJMUK

8.1       Definisi

            Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.  Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.

            Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.  Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.

            Ayat-ayat majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan  cara pembentukannya.

8.2       Ayat Majmuk Gabungan

            Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda.  Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.

               a.         Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu serta  dan sambil  digunakan.  Contohnya:

i.          Ia menjerit lalu  menangis.
ii.         Melukis dan menulis menjadi kegemarannya.

                b.         Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi,           sebaliknya dan  padahal,  hendaklah digunakan.  Contohnya:

i.          Pegawai itu sombong tetapi pemurah.
ii.         Tiada siapa yang dapat masuk melainkan  ibu bapanya.

               c.         Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang    
                           sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya  dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:

i.          Dia sudah mandi dan berpakaian.
ii.         Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?

               d.         Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang    
                           terakhir.  Contohnya:

i.          Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan  ke pejabat 
            tiap-tiap hari.

              e.         Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan  
                          perubahan makna ayat.  Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika     
                          dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, ‘hentian suara yang sebentar’ dilakukan sebagai penentu.   Contohnya:

i.          Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung 
            lawannya.

                         Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku pada subjek, predikat dan keterangan.  Penggabungan boleh juga dilakukan pada                  ayat dan objek.  Contohnya:

i.          Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat)
kakak ke pejabat ayah.

ii.         Ibu membeli ikan dan sayur       (penggabungan objek)
di pasar.

                       Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan                         sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.

             8.3       Ayat Majmuk Pancangan

            Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.   
            Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

                          a.         Ayat Relatif
                                      Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan ayat  kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.
                                     Contohnya:
i.          Budak yang menangis itu sudah diberi makan.
Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk)
 Budak itu menangis.  (Ayat kecil)
                         b.         Ayat Komplemen 
                                     Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa 
                                     komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan  demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.
                                      Contohnya:
                                      i.          Bahawa saya bersalah memanglah saya akui.
                                                  (KK sebagai subjek)
                                      ii.         Dia sudah mengetahui  bahawa anaknya mendapat tempat di 
                                                  UIA. (KK sebagai objek)
                                      iii.        Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah 
                                                  (KK sebagai unsur predikat)

                          c.         Ayat Keterangan
                                       Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan predikat.  Contoh kata hubung yang digunakan ialah  
                                       ketika, kerana, semasa, dengan,  dan sungguhpun.

Contoh:

i.          Dia lambat tiba kerana keretanya rosak.(Keterangan sebab)

ii.         Jika dia pergi,  saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)

iii.        Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah.  (Keterangan pertentangan)

iv.        Kakak berdoa semoga suaminya selamat.(Keterangan harapan)

               8.4       Ayat Majmuk Campuran

              Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.  Ayat ini             
              biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang 
              dinyatakan di atas.  Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata 
              komplemen ‘bahawa’ dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian.  Tanda koma juga kerap digunakan dalam ayat ini.

            Contoh:
            Kalau  ingin mendapat kelulusan  yang  baik dalam peperiksaan, kita hendaklah selalu membaca  dan mengulang kaji pelajaran kita  dari awal tahun lagi.

            8.5       Ayat Majmuk Pasif

            Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja 
            transitif.  Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.

            Contoh:
            i.          Kami ditegur  oleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik kuliah.
           ii.         Kajian yang rumit itu dijalankan  di makmal UTM, Skudai.
           iii.        Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan  oleh pihak pentadbiran 
                        jabatannya.
           iv.        Komputer ini sering  digunakan  oleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika 
                       membuat tunjuk cara.rujukan seterusnya

No comments:

Post a Comment